Sunday, November 14, 2010

23.pertemuan


Sekarang ini bermacam cara manusia berkenalan. Antaranya menggunakan handphone,internet dan lain-lain. Mereka boleh berhubung dengan menggunakan kata-kata,suara dan melalui gambar. Bila hati mulai berkenan pada seseorang, perasaan untuk berjumpa mulai muncul.


Pertemuan pertama kali amatlah penting. Masing-masing saling memerhatikan antara satu sama lain. Pada wajah, pakaian , bentuk tubuh dan lain-lain. Ada setengah orang asyik perhatikan mata sahaja. Barangkali dari pertemuan itu terdapat keserasian. Semoga dari pertemuan itu akan menghasilkan satu ikatan yang lebih kukuh pada masa depan. Diharap berkekalan sampai ke anak cucu.

24 comments :

IMANSHAH said...

terkenang zaman becinta monyet dulu, melaui surat sahaja

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sesungguhnya pertemuan pertama itu terlalu indah....

mohad said...

imanshah..melalui surat tu, orang lain susah nak kesan

mohad said...

fuziani...bertemu kat tepi pantai ke...

Kanak2 riang said...

haha..itu selamat gune surat..posmen jer tau ;p pastu penutup surat tulis..

Pecah kaca
Pecah gelas
Sudah baca
Harapla balas

IN said...

Sebuah pertemuan amat bermakna jika kita menghargainya

Jue-Ma said...

Sesungguhnya pertemuan itu sgt indah... syukur la if itu yg terjadi pd ku.. namun x....

mohad said...

kanak2 riang.. dalam surat, biasanya mereka gunakan ayat-ayat yang berbunga-bunga

mohad said...

In..pertemuan itu menentukan pertemuan yang seterusnya..

mohad said...

jue-ma..mungkin berlaku salah faham kot..

saljuhumairah.blogspot.com said...

salam kenal..
segmen baru benashaari memang menjadi la...tak sangka..

mohad said...

saljuhumairah..selamat datang

Sara Mysara said...

bagi sy...
bertemu atau berkenalan dlam dunia maya nie susah untuk dipercayai, walaupun kita pernah mngatur pertemuan tetapi untuk mempercayainya tetap sukar...

mohad said...

sara mysara...dari segi fakta, ramai yang telah temui teman hidup melalui alam maya ini...mungkin anda belum bersedia lagi kot...

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Mohammad, salam perkenalan. Selalunya pertemuan fizikal banyak dibantu oleh mata, tp kalau secara elektronik atau maya hati banyak main peranan. Biar guna hati dan minda utk menilai seseorang yg kita baru kenal, kalau tidak...naya! Sudi lawat blog kembara saya ya.

mohad said...

moh kembara...hati,minda dan mata...kombinasi yang mantap..

nUmara... said...

salam..
ade org kononnye nk convincekan si gadis dengan memuji di depan si gadis yg si gadis memang cantik....
apekah?
i wonder how many % it may works coz on me, it won't... :)
(tapi ini bkn subject yg knl melalui alam maya.. :D)

mohad said...

beginner..ada setengah orang suka dipuji...dengan memujinya boleh juga memberi kesan yang mendalam...dengan ini mungkin boleh eratkan lagi ikatan

elianesuriane said...

Pertemuan pertama kali amatlah penting.. first impression mbwa plbgai andaian... hipokrit pom ade.. malu segan silu speechless komplete pkej..

mohad said...

elianesuriane..iamya bergantung pada seseorang juga, kalau orang itu sudah biasa bersosial..perasaan malu itu mungkin sudah tiada...

nUmara... said...

hurm.. mungkin... dan mungkin berhasil kalo si gadis pon suke that guy too... tp mungkin jg tidak.. eheheh...
tepuk dada tny selera.. =)

mohad said...

beginner...kehidupan ini bukanlah angka-angka...tiada kepastian dan penuh dengan seribu kemungkinan..

Anonymous said...

perkenalan boleh berlaku di mana sahaja.. perkenalan yang bermakna pasti dapat menyentuh hati hinggakan walau terpisah jauh,perasaan di hati,masih dekat antara satu sama lain.. moga ALLAH merahmati kita semua..

mohad said...

anonymous...antara satu sama lain..bermakna tak bertepuk sebelah tangan ler...