Sunday, November 15, 2009

6.kecewa


Dalam mengejar dan mencapai cita-cita adakalanya kita berjaya dan adakalanya kita gagal. Kalau impian tu begitu bermakna dalam hidup kita,kegagalan itu akan membawa kesan yang agak mendalam. Sekiranya kita tidak dapat menerima kegagalan tu,ianya akan memberi kesan yang buruk sepanjang hidup kita.

Sudah tentu kita akan merasai kecewa dan kekecewaan tu akan terus menghantui diri kita.Kalau kita tidak dapat mengatasinya dengan cara yang bijak, ini akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu carilah cara penyelesaiannya dan sekiranya kita masih buntu ,ini mungkin adalah cabaran dalam kehidupan ini yang mesti kita hadapi.

Tuesday, September 22, 2009

5.tabah


Kita kena ikhlas dalam semua perkara. Dalam pada keikhlasan tu, kita tentu menghadapi cabaran dan dugaan. Justeru itu ketabahan amat penting dalam meneruskan keikhlasan. Kalau kita tidak tabah, kita akan mudah merasai hati yang bergelora.

Hati yang tabah menjadikan kita lebih yakin pada diri sendiri dan teguh pendirian. Seumpama teguhnya banjaran gunung di mana angin taufan melanda pun, ianya masih kukuh berdiri. Semoga kita semua menjadi seorang yang tabah.

Friday, September 4, 2009

4.ikhlas


Dalam diri insan ada seketul daging. Ianya bernama hati, dimana hati itulah merupakan raja. Kalau ianya jahat maka semua dalam diri akan menjadi jahat dan kalau hati tu baik maka seluruh diri menjadi baik. Jadi hati tu kenalah di bersihkan dari keburukan. Antara perkara perlu disemai dalam hati adalah seperti sabar,syukur dan ikhlas.


Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sebarang perkara. Ikhlas bermaksud melakukan kerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Kalau kita tidak ikhlas maka ianya adalah sia-sia. Jangan mengharapkan sebarang pujian dan sanjungan dari orang.

Saturday, August 29, 2009

3.syukur


Alam ini dijadikan berpasang-pasang seperti panas bersama sejuk,siang bersama malam dan lain-lain. Begitu juga kehidupan ini, ada masanya kita susah dan ada masanya kita merasa senang. Sekiranya tibanya susah kita kena banyakkan sabar sementara ketika menjelma kesenangan kita hendaklah bersyukur. Sabar dan syukur umpama sepasang sayap si helang. Sekiranya salah satu sayapnya patah, sudah tentu ianya tidak mampu terbang dengan baik.

Bersyukur lah apa yang kita miliki seperti kesihatan,kepandaian,kekayaan dan lain-lain. Semuanya hanya bersifat sementara di mana bila-bila masa ianya akan hilang. Sekiranya kita tidak bersyukur kita akan mudah menjadi tamak dan lupa diri serta hanya membanggakan diri. Sedangkan semua yang kita ada adalah pinjaman dan ujian bagi kita samada kita bersyukur atau pun tidak.

Wednesday, August 26, 2009

2.sabar


Salah satu kunci kebahagiaan ialah kesabaran. Untuk memiliki hati yang sabar adalah amat sukar. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Kita kena hadapi semua tu. Bagaimana kita harungi masalah tu , jika kita tidak sabar. Kesabaran amat penting dalam meneruskan kerja-kerja kebaikan. Kalau kita mudah berputus asa, kita tidak akan mendapat kebaikannya malah kita akan mendapat kerugian.


Banyak rintangan dalam hidup ini seperti kesakitan,kegagalan dan lain-lain kesempitan hidup. Oleh itu kita kenalah banyak bersabar dan semuanya adalah ujian dan cubaan. Semuanya akan menjadikan kita lebih matang dan cekal untuk hadapinya di masa depan. Semoga kita dapat mendidik hati kita menjadi sabar.

Monday, August 24, 2009

1.bahagia


Semua orang inginkan bahagia. Apa itu bahagia? Susah nak jawabkan. Ada setengah orang merasa bahagia bila mendapat ramai kawan. Jadi dia berusaha mencari kawan. Kalau tiada kawan di sisinya ,dia akan merasa kesunyian.


Ada setengah orang pula berpendapat bahagia tu bila ada duit dan harta. Oleh itu dia akan berusaha mencari duit. Siang dan malam mencari duit. Bila duit ada, dapatlah dia membeli banyak benda seperti kereta,pakaian,makanan,rumah dan lain lain lagi. Kalau duit dan harta tiada, dia akan merasa susah hati.