Friday, November 29, 2013

54.istiqamah

Istiqamah ertinya melakukan pekerjaan yang baik secara berterusan walaupun sedikit. Sememangnya agak sukar untuk melakukan amalan yang baik secara berterusan. Walau bagaimana pun, sekiranya kita melakukan secara sedikit, ianya dapat mengekalkan amalan kita sepanjang masa. Sebaliknya kalau kita melakukan secara berlebihan, ianya akan memberi kesan yang negetif. Kita akan merasa bebanan dan jemu.

Amalan yang baik akan memberi kesan yang positif pada hati kita. Akhirnya akhlak-akhlak yang baik akan terpancar dari hati kita yang baik itu. Oleh itu sama-sama lah kita beristiqamah.

Friday, November 22, 2013

53-bermuka-muka

Di depan kita, dia memuji kita tetapi di belakang kita pula dia akan kutuk kita. Banyak sebab ianya berlaku begitu. Antaranya dia tidak berani bercakap secara berdepan.

Sekiranya dia tidak berpuas hati sepatutnya dia beritahulah pada kita secara bijaksana. Seterusnya dapatlah kita memberi penjelasan. Andaikata kita bersalah, akuilah kesalahan itu dan minta maaf. Barulah tiada lagi perhubungan yang berpura-pura.

Saturday, November 16, 2013

52.bangga

Sudah menjadi lumrah, kehidupan kita penuh dengan suka duka. Di antara perkara yang suka itu menjadikan kita merasa bangga. Perasaan bangga itu boleh diperlihatkan oleh tutur kata dan kelakuan. Perasaan bangga yang berlebihan menjadikan kita menjadi sombong sehingga kita memandang rendah pada orang lain.

Oleh kerana itu hendaklah kita anggap semua kelebihan yang kita adalah ujian. Oleh itu tidaklah kita menjadi orang yang mudah lupa diri.

Thursday, November 7, 2013

51.nasihat


Kesilapan dan kesalahan pada orang lain amat mudah kita melihatnya. Namun begitu agak sukar untuk kita mencari kesalahan pada diri sendiri. Sememangnya menjadi tugas kita untuk membetulkan kesalahan pada orang lain dan juga pada diri kita sendiri. Sering kali kita cuba menasihati diri kita sendiri tetapi kita masih mengulangi kesilapan yang sama. Apa entah lagi memberi nasihat pada orang lain.

Memberi nasihat pada orang lain memerlukan pendekatan yang sebaik mungkin. Mungkin nasihat kita ikhlas tetapi yang menerima nasihat itu merasa satu gangguan emosi. Oleh itu sebarang nasihat mestilah dengan cara berhikmah dan ini sudah tentu memberi kesan baik pada yang menerimanya.

Sunday, November 3, 2013

50.mengumpat


Selagi kita ada suara, selagi itulah kita ingin bersuara. Banyak perkara kita boleh bersuara. Antaranya tentang kehidupan,isu semasa,perasaan dan lain-lain. Semestinya kita hendaklah memperkatakan sesuatu yang baik untuk semua orang.


Namun begitu, kita juga tidak mampu memelihara tutur kata kita. Ini menunjukkan kita hanyalah insan biasa yang tidak serba sempurna. Apabila kita merasa tidak puas hati dalam sesuatu hal, kita mungkin melakukan keburukan tanpa kita sedari. Antaranya kita akan mengumpat sesorangan. Sebolehnya kita cuba hindarkan perbuatan itu. Kalau tidak ianya akan memberi kesan buruk pada diri kita sendiri dan orang lain.