Setiap orang ada emosi. Mungkin ramai yang anggap emosi adalah perasaan. Sebenarnya tidak kerana perasaan adalah salah satu komponen emosi. Terdapat 5 komponen emosi adalah 1-persekitaran ianya dapat pengaruhi 2-perasaan dan perasaan itu menyebabkan 3-kognitif(minda) dan membawa pada 4-fisiologi(hormon dan urat saraf) seterusnya membentuk 5.behavior yang membawa kepada tindakan.
Contohnya, Ali sedang tidur. (1-Persekitaran)Tiba-tiba ada bunyi yang kuat. (2-Perasaan) Dia terkejut dan merasa takut. (3-Kognitif) Dia ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. (4-Fisiologi) Jantungnya bertambah kencang. (5-Behavior) Seterusnya dia mencari-cari puncanya dan didapati gas dapurnya meletup. Dia panggil bomba. Setiap orang mempunyai perjalanan emosi yang berbeza-beza. Semoga kita dapat menguruskan emosi kita dengan lebih teratur dan menjadikan hidup kita lebih aman.
28 comments :
huh.. yang bernama emosi ni bisa menghancurkan banyak benda..
Emosi itu menggangguku
mimi..setiap orang mesti ada emosi..
imanshah..emosi juga sebagai motivasi
wah...1 info yg menarik!.
thankz 4 sharing..
Manusia itu indah ciptaannya kerana boleh melahirkan emosi yang pelbagai. Malah kita juga dapat merasa empati terhadap org lain.
Merasa sakit mahupun gembira menunjukkan kita adalah manusia.. Ada emosi dan perasaan. Emosi dan keadaan perlu dikawa dan bukan sebaliknya. Hari ni kita banyak membiarkan emosi dan situasi mengawal kita maka banyaknya permasalahan hari ini.
farieza..info tu hanyalah satu pandangan, yang mungkin ada kelemahannya..
from the heart...emosi tu ada bersifat positif dan negetif...ada juga bersifat sementara dan kekal..
emosi ni kalau tak dpat kawal bahaya...salah satu nye kes2 bunuh dan sembelih orang tu...nauzubillah...
Betul.. ada yang positif dan negatif ..Saya harap emosi yang ada pada saya sekarang bersifat sementara.. Amin
miss yaty..salah satu untuk kawal emosi adalah dengan minda...info-info pada minda akan memutuskan dan menghalang emosi yang negatif dari bertindak...
from the heart...persekitaran dapat pengaruhi emosi....cubalah rehatkan diri ke pantai ke...lihat ombak,pantai dan lain lain...ini akan menyebabkan kita merasa tenang dengan keindahan alam...
Thank you mohammad atas cadangan awak..i found peace in writing.
from the heart...aman dan gelisah sering berganti...lumrah alam
Betul tu.. i agree.. Selagi kita bergelar manusia dan khalifah Allah di muka bumi Allah ni, selagi itu kita akan sentiasa diuji, mental dan emosi .. lumrah hidup. Awak keep on writing and update blog, love your posting.. it makes me think and it challenge me, my stand and my perceptions about life:)
from the heart..blog ini biasa je...tapi ianya berbentuk falsafah..untuk update blog, ianya perlukan beberapa combination..
Salam .. sebab ia berbentuk falsafah saya suka .. buat saya berfikir:)
from the heart..ada juga suka berfikir tapi tidak bertindak atau pun lambat bertindak...
hehehe .. its unavoidable sometimes kan? terpulang pada persepsi sesetengah individu.. yang baik kita ambik jadikan pengajaran dalam hidup. I guess semua orang didalam dunia ni termasuk awak dan saya perlukan masa sebelum bertindak atau melakukan sesuatu . Its a question of time.
Aslmkm.
TQ kerana follow Kak G ya.
Sebagai sokongan moral Kak G follow kembali la.
Hmmm ... kiranya ur pendekatan untuk mencambah minda ya.
EMOSI ya?
Bagi Kak G emosi adalah rangkaian reaksi minda, rasa serta deria terhadap sesuatu isu yang berbangkit Reaksi itu berasaskan nilai yang terbentuk dalam diri. Nilai2 itu trbentuk atas faktor asuhan, pembelajaran, pelajaran serta persekitaran.
Salam mohamad,
sengaja singgah tanya khabar...
from the heart...banyak aktiviti tidak perlukan fikiran seperti makan,mandi,tidur dan lain-lain...just do it..
ddrfauziah..deria itu melihat,merasa,mendengar,sentuhan dan menghidu...mata,lidah,telinga,kulit dan hidung
queenie...w'slam...baik -baik saja..
owh. baru tau pasal ni. mekasih kongsi ye. :)
muhamadsuffian..sekadar pendapat jer..
Salam Yob Mohammad, rasa perut akak banyak bergantung apa yg mata nampak, kalau nampak sedap baru ada rasa nok makan. Makan penuh emosi? He he komplikated makeup insan ni yek?
moh kembara...makan yang baik dan halal..
Post a Comment