Tuesday, September 7, 2010

15.gembira


Gembira sungguh dalam hati. Biasanya kalau orang merasa gembira, akan terpancar di wajahnya keceriaan. Terukir senyuman yang memanjang. Sementara orang yang bersedih pula kelihatan murung dan tidak bermaya. Ada juga orang yang bersedih, tetapi dia masih dapat memberi sekuntum senyuman. Mungkinkah ini satu hipokrit atau pun senyuman itu sudah menjadi kebiasaannya.


Banyak sebabnya seseorang itu merasa gembira. Antaranya pabila mendapat satu kemenangan. Contohnya sepanjang bulan ramadhan dia dapat menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Bila takbir aidilfitri bergema, hatinya merasa sungguh gembira sekali. Dapat pakai baju raya,makan kuih raya,dapat duit raya dan sebagainya. Di samping dapat jumpa sahabat handai dan sanak saudara. Namun begitu, ada juga insan kesedihan di pagi raya, mungkin terdapat banyak sebabnya.

10 comments :

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

cakap aje dah nak raya kan senang

ijad said...

brutalsolo..selamat hari raya

syaz :) said...

tapi mcm mne sedih pun. mst gembira gak lah. hehe

'AQILAH said...

gembira banyak sebab..:D

ijad said...

sayaz..sedih bercampur gembira ke..

ijad said...

aqilah..semoga gembira selalu..

swift_da_love said...

selamat berhari raya.. nice writing.. =)

ijad said...

swift_da_love..selamat hari raya juga..

lulu_kiki said...

gembire sbb dpt duet raye!

ijad said...

lulu_kiki..banyak ke dapat duit raya tu..