Sunday, September 25, 2011

41.kritik


Mengkritik seseorang itu amatlah mudah tetapi ianya akan memberi kesan kepada penerimanya samada positif dan negatif. Kritikan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi marah dan merasa sedih. Oleh itu, kritiklah dengan cara yang berhikmah untuk membaiki seseorang itu. Sebaliknya jangan pula dengan niat untuk memburuk-buruk dan menghinanya.

Sebarang kritikan yang diterima, kita mestilah berlapang dada dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin kritikan itu dapat membaiki kelemahan dan kekurang yang kita ada. Oleh itu kita dapat memperbaiki diri kita supaya hidup kita lebih baik lagi. Sebaliknya kritikan yang keterlaluan mungkin akan melemahkan semangat diri kita. Jangan biarkan ianya berlaku dan banyakkan bersabar seterusnya anggapkan semua itu adalah ujian.





10 comments :

farieza said...

mengkritik seseorang atau sesuatu memang selalu kita lakukan.

Tapi kita selalu terlupa untuk mengkritik diri sendiri...

Kerana mengkritik diri sendiri itu menyakitkan dan sukar untuk diri sendiri menerima dan mengakui khilaf diri. Maka, berleluasalah amarah dan mazmumah dan akhrinya beraja di hati...

Moga kita semua sentiasa dalam barakahNya.

mohad said...

farieza..membaiki diri sendiri..

Ibrahim Ismail said...

Kritikan itu adalah antara salah satu cara Tuhan menegur kita. Tak semestinya Dia menegur dengan cara yang lembut sahaja. Kadang-kadang begitu kasar dan pedih sekali, tetapi terimalah seadanya kerana ada yang ambil berat pasal kita.

mohad said...

Ibrahim..semoga ada orang ambil berat antara kira..

Anonymous said...

dah tuko blog ke???

mohad said...

JG ..bergilir-gilir blog..

Unknown said...

=)
Saya suka mengkritik (sekadar memberi pendapat sekiranya saya kurang setuju dengan pendapat kawan) kalau ada pembentangan semasa kuliah,
tapi saya sendiri takut dikritik.

mohad said...

skyliya...kalau kita ikhlas,kita tak takut dikritik..

alia zainol said...

kadang2 kritikan tu sebenarnya membantu kita berubah ke arah kebaikan :)

mohad said...

alia..diharapkan begitulah..