Monday, January 31, 2011

33.persekitaran


Boleh dikatakan persekitaran merupakan faktor utama membentuk diri seseorang. Ketika dilahirkan, seseorang itu adalah bersih. Kemudian ahli keluarga yang mencorak dan membentukkannya. Kemudian pengaruh dari pergaulan dari orang ramai terutama dari kawan-kawan. Seterusnya masyarakat setempat samada kampung dan bandar turut menentukan corak kehidupan seseorang.

Bila usia sudah meningkat, kita mestilah menilai diri kita sendiri. Sekiranya terdapat kepincangan dan keburukan pada diri, kita mestilah memperbaikinya. Kita hendaklah melakukan perubahan kearah kebaikan. Kita tidak boleh lagi salahkan persekitaran. Kita kenalah mencorakkan diri kita sendiri. Seterusnya kita pula dapat pengaruhi dan membentuk persekitaran menjadi lebih baik serta aman sentosa.

10 comments :

IMANSHAH said...

saya setuju..persekitaran memang dapat mengubah seseorang..kalau teguh iman dan jati dirinya, insyaALlah

mohad said...

imanshah..carilah persekitaran yang aman dan sentosa..

Mimi Jazman said...

agree.. ini tidak,ada setengah orang mengatakan bahawa mereka tak boleh berubah kerana mereka dilahirkan dalam keadaan sebegitu.. geram betul bila berhadapan dengan orang macam tu.

mohad said...

mimi jazman..kalau kita ubah minda kita, kita telah ubah diri kita..

Miss Yaty said...

betul3.....persekitaran yang tenang buatkan perasaan kita juga menjadi tenang...

Anonymous said...

Aslmkm.
Ya, acuan itu hanya penentu bentuk dasarnya saja.
Tekstur dan rasa masih boleh diubah-suai & diperbaiki supaya menjadi produk terbaik! Ya kan? :)

mohad said...

miss yaty..banyak tempat tenang ada...sperti tepi pantai

mohad said...

ddrfauziah..kalau dasarnya salah...kena cari dasar yang lain..

MOH KEMBARA said...

Salam Mohammad, tapi pelik ada individu yg membesar dlm persekitaran dan dibela oleh ibu bapa yg sama, tapi perangai dan sikap berbeza, penah terjumpa beberapa kes.

mohad said...

moh kembara...ianya bergantung pada faktor dalaman diri seseorang...sejauhmanakah hati dapat menerima info-info persekitaran itu..sebab hati berbeza-beza antara satu sama lain...