Tuesday, January 25, 2011

32.perasaan


Dunia ini penuh dengan warna-warni. Begitu juga dengan perasaan. Selagi kita punya hati, selagi itulah kita ada perasaan. Perasaan ada yang positif dan ada yang negatif. Yang positif seperti merasa gembira dan negatif seperti merasa sedih. Ada kalanya perasaan yang positif boleh menjadi negatif dan sebaliknya. Perasaan yang ada di hati, ada yang bersifat sementara dan kekal lama. Ianya bergantung pada persekitaran dan hati individu itu sendiri.

Perasaan adalah merupakan motivasi pada seseorang. Perasaan kemahuan dan keinginan untuk memiliki sesuatu menyebabkan seseorang itu berusaha dengan tekun dan gigih. Contohnya jika Roslan kenal Anita. Anita seorang yang cantik. Roslan tertarik dan suka pada Anita. Perasaan suka itu menyebabkan Roslan berfikir untuk memiliki Anita. Dia akan berusaha seperti hantar bunga,sms,call,dating dan sebagainya. Dengan perasaan kasihsayang manusia membiak ke hari ini. Jika dibandingkan dengan fikiran, ada kalanya perasaan lebih cepat,lebih tepat dan lebih berkesan. Ini dipanggil mata hati.

14 comments :

PuanPepel said...

perasan dan perasaan....

Izzati said...

perasaan tabole na dipaksa.
perasaan sgt sensitif.
perasaan tabole dilihat.
perasaan kita hnya kita yang rasa.
perasaan sangat sukar tuk difahami.
perasaan sangat menyakitkan bagi mereka yang kecewa.

PERASAAN..ini yang saya rasa~ :"(

From The Heart said...

Perasaan ... Tak boleh dilihat tetapi boleh dirasai.. macam angin. Hidup tanpa perasaan its like breathing but not living..

Mohammad .. thank you. Semua org diuji dengan ujian yang berbeza- beza. May Allah Bless You.. Dunia dan Akhirat.

mohad said...

cikpepel..perasan tu kerana asyik bermain perasaan sendiri.

mohad said...

izzati..walaupun perasaan tidak boleh nampak..tapi reaksi pada seseorang menggambarkan perasaan seseorang seperti tersenyum beerti dia gembira dan lain-lain

mohad said...

from the heart..manusia mensyukuri sesuatu nikmat melalui perasaan..

Mimi Jazman said...

perasaan..kurniaan ILAHI yang pasti ada hikmah.. jagalah perasaan kerana perasaan tak pernah terpisah dari hati.. moga ALLAH bersama kita..

Miss Yaty said...

hanya melalui mata perasaan mula terdetik.

hanya melalui perasaan kesian boleh bertukar menjadi sayang

hanya melalui sayang boleh juga bertukar menjadi cinta.

yang pasti syukurilah nikmat di beri.. ;)

mohad said...

mimi jazman..pelihara perasaan..

mohad said...

miss yaty..banyak jalinan perasaan ya..

From The Heart said...

Mensyukuri perasaan yang Allah berikan pada kita.. tanpa perasaan kita takkan sempurna sebagai manusia..Perasaan saya masa ni keliru .. keliru dengan apa yang hati dan perasaan mahukan dan apa yang akal dan minda mahukan ..Hati kata A tapi minda kata B.. yang mana harus didahulukan?

Anonymous said...

Aslmkm.
Pemahaman Kak G jauh lebih luas:
PERASAAN bukan hanya sentimen yang melibatkan emosi, hati dan batin. Ia juga rasa bersabit reaksi spontan semula jadi organ2 badan.
Skop perasaan juga meliputi fikiran, pendapat dan pertimbangan. Ia juga merangkupi keupayaan tinggi untuk merasa (sensitize) keadaan & suasana.
Tapi biasanya manusia menumpukan pengertian perasaan kepada kategori pertama yang bersabit emosi, hati dan batin.
Ya kan?

mohad said...

from the heart...hati itu raja, minda adalah pembantu raja..bila hati pilih A sepatutnya minda membantu hati...bila minda tidak mampu, minda mencadangkan B..cubalah A dulu kemudian B

mohad said...

ddrfauziah...perasaan itu luas, seluas mata memandang dan dan lebih luas lagi..