Minda amat penting bagi setiap orang. Di antara fungsinya untuk menafsirkan isyarat yang diterima dari deria kita. Jadi minda dapat memahami persekitaran kita. Info dan data dapat dikumpulkan dan disimpan serta ianya menjadi memori. Kita akan analisa segala memori yang ada untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan bertindak dengan bijak. Minda juga alat pada perasaan kita. Perasaan keinginan pada hati memerlukan minda untuk merealisasikan. Minda juga berperanan untuk mengawal perasaan yang buruk. Oleh kerana itu minda perlukan pengetahuan.
Perasaan dan minda saling berkaitan serta saling memerlukan. Umpama isi dan kuku. Aur dan tebing. Tindakan menggunakan perasaan tanpa minda adalah tidak rasional dan sia-sia. Sementara tindakan menggunakan minda tanpa perasaan menjadikan kaku dan tidak bermaya. Minda yang baik terletak pada badan yang sihat. Oleh itu kesihatan diri perlu dijaga.
18 comments :
Setuju dengan apa yang dikatakan .. minda dan perasaan saling memerlukan. Kita perlukan minda untuk mengawal perasaan.. Akal adalah anugerah Allah yang terbesar dan membezakan kita daripada mahluk Allah yang lain. Keep on writing:)
ramai gura yang sakit mental..ada kaitan dengan minda
from the heart..biasanya perasaan mendahului fikiran..
imanshah..ramai gura...ramai guru ke..
Perasaan memang selalu mendahului fikiran .. manusia selalu tewas pada perasaan.. dan ada masanya memakan diri sendiri.. Biarlah akal menguasai jiwa dan diri kita .. bukan sebaliknya..
setuju...
Aslmkm.
Kekuatan minda mesti menjadi peneraju utama. Insya Allah halatuju akan lebih menentu.
minda jugak perlu dikawal sebaik mungkin kerana manusia tak lepas dari membuat kesilapan..
from the heart...satu tindakan mestilah bermula dari niat...dan niat itu sebahagian dari perasaan..
queenie...setuju je ke..
ddrfauziah...bagaimana nak bagi kuatkan minda tu ya..
mimi jazman...apa yang dapat kawal minda kita itu ya..
Niat yang baik akan berakhirnya dengan sesuatu yang baik.. insyaAllah.. cuma ada ketikanya kita berniat baik tp tak disambut dengan baik.. We cant expect other people to understand what exactly our intention.
kalau minda tak terkawal mulalah emosi bermaharajalela...
salam ziarah juga pada kamu
from the heart..niat juga sering berubah-ubah...
miss yaty...kalau minda tak terkawal..diharapkan emosi dapat kawal minda, sebab mereka berdua saling tolong menolong antara satu sama lain...
pink..selamat menziarah
Post a Comment