Sunday, December 14, 2014

64.dedikasi

Setiap pekerjaan itu mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta tekun dan tulus ikhlas. Tanpa mengharapkan sebarang pujian dan sebarang kepentingan peribadi semata-mata. Dedikasi akan membuahkan kejayaan. Sudah tentu ianya memerlukan tenaga,fikiran dan masa yang agak lama.

Tidak mungkin anda dapat membaca tulisan saya ini sekiranya anda tidak berdedikasi dari kecil untuk belajar membaca. Terserahlah pada orang lain samada untuk hargai dedikasi kita. Yang penting kita telah buat yang terbaik.

Wednesday, December 10, 2014

63.provokasi

Ada setengah orang , kegemarannya adalah suka melihat orang marah. Oleh itu dia berusaha dan berfikir bagaimana untuk membangkitkan perasaan benci dan marah pada orang lain.Provokasi bukan sahaja kepada individu tetapi juga pada kumpulan malah kepada organisasi.Apobila perasaan megah menguasai diri, kita akan memandang rendah kepada orang lain.

Biasanya provokasi melibatkan dua belah pihak. Akibat dari provokasi akan timbul perbalahan. Jika tidak dikawal, kedua belah pihak akan serang menyerang antara satu sama lain. Pertumpahan daraH mungkin akan berlaku. Justeru itu sebelum sebarang kemungkinan ianya berlaku, langkan-langkah awal perlu diambil. Antaranya jangan sesekali timbulkan provakasi yang berlebihan dan lebih baik lagi ialah jangan provokasi. Namun begitu ada setengah pendapat provokasi adalah perlu dalam kehidupan ini. Ianya akan menjadi tanda tanya pada kita semua.

Friday, December 5, 2014

62.toleransi

Manusia mempunyai berbeza-beza pendapat,cita rasa,sikap dan lain-lain. Oleh itu kita hendaklah saling memahami,hormati,hargai dan bertolak ansur. Ini semua membolehkan kita hidup lebih harmoni dan aman. Sekiranya ada perbezaan , jangan kita mudah membenci dan menganggu mereka. Janganlah kita lakukan terhadap orang lain yang kita tidak ingin orang lakukan terhadap kita.

Setiap sesuatu ada standardnya tetapi ada juga toleransinya. Contohnya standard orang makan 4 kali sehari dan toleransinya 2 kali. Ini bermakna kita boleh terima kalau orang makan antara 2 hingga 6 kali sehari. Sekiranya terlebih dan kurang dari itu, ianya terkeluar dari toleransi. Biasanya pada waktu malam orang tidur, justeru itu tunjukkan kita bertoleransi dengan perlahankan bunyi radio supaya tidak ganggu orang lain. Toleransi dapat hapuskan tirai yang menyekat kita dan merobohkan dinding membatasi kita. Adakah anda bersetuju?

Tuesday, December 2, 2014

61.diplomasi

Manusia sememangnya hidup bermasyarakat. Saling perlu-memerlukan antara satu-sama lain. Ada masa kita perlukan mereka dan ada masa lain mereka perlukan kita. Ada ketikanya kita merasa sulit dan sukar untuk mendapatkan pertolongan. Begitu juga kita merasa serba salah kerana tidak mampu membantu mereka.

Dalam kedua-dua situasi ini, diplomasi adalah jalan yang terbaik. Di mana kita menggunakan budibicara dan kata-kata yang berhikmah. Sebalik kelembutan itu ada ketegasannya. Sebaliknya jangan ejek,marah,paksa atau kata-kata kesat.