Friday, August 27, 2010

13.pujian


Apabila seseorang itu mendapat kejayaan ataupun mempunyai kelebihan tertentu, biasanya orang ramai akan memberi pujian padanya. Pujian itu memungkinkan dia menjadi lebih bersemangat lagi untuk terus maju dalam hidup. Ada juga pujian yang menyebabkan dia menjadi lupa diri dan sombong.


Berdasar dari kemungkinan begitu nampaknya memuji sesorang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Orang yang memberi pujian pun ada juga yang tidak seikhlas mana pun. Mereka bukan nya memuji tetapi sekadar membuat sindiran. Walau bagaimana pun janganlah kita memuji begitu berlebihan kepada seseorang.

Thursday, August 26, 2010

12.maaf


Kalau kita merasa bersalah pada orang, kita hendaklah memohon maaf. Ada juga setengah orang tu memohon maaf berulang kali pada kesalahan yang sama. Sepatutnya selepas menyedari kesalahannya dia kena lah berazam tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.


Kita akan merasa sakit hati jika orang yang bersalah tidak meminta maaf. Mungkin mereka tidak buat begitu kerana mereka tidak merasa bersalah. Ataupun sekadar untuk menjaga ego mereka. Saling maaf memaafi adalah lebih baik dari menyimpan rasa dendam di hati.

Tuesday, August 24, 2010

11.marah


Apabila seseorang sedang marah, mukanya kelihatan merah. Ini menggambarkan aliran darah banyak tertumpu ke arah situ. Pada masa yang sama, orang yang marah tadi seolah tidak dapat mengawal keadaan diri. Sudah pasti tindakan nya nanti tidak rasional lagi.


Banyak sebab seseorang itu merasa marah ada yang sepatutnya dia marah dan ada juga yang tidak sepatutnya. Perkara yang kecil rasanya tak perlu lah kita marah pada seseorang. Sepatutnya kita mesti mengawal diri dari marah.

Sunday, August 22, 2010

10.dengki


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Dengan adanya kelebihan seseorang itu, kedapatan ada perasaan dengki orang yang melihatnya. Orang yang dengki tersebut merasa sakit hati dan begitu geram sekali melihat kelebihan pada orang lain. Ada setengah itu cuba sebarkan fitnah dan memburuk-burukkan sebagai melepaskan geram.


Antara sebab orang merasa dengki adalah kerana suka melihat orang lain dan dalam masa yang sama tidak suka melihat diri sendiri. Sedangkan diri kita sendiri sebenarnya masih banyak kelebihan tetapi tidak disedarinya. Walaupun seseorang itu ada kelebihannya tetapi semuanya adalah ujian dan pinjaman sahaja.

Wednesday, August 18, 2010

9.keyakinan


Tanpa keyakinan , kita tidak ke mana-mana. Tanpa keyakinan juga semua kerja tidak menjadi. Keyakinan amat penting sekali dalam kehidupan kita. Keyakinan memerlukan pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu kita kena mencari pengetahuan dan timba pengalaman yang sebanyak yang mungkin.


Dalam setengah perkara pengetahuan dan pengalaman belum cukup memberi kita keyakinan. Masih ada lagi sebab-sebab yang lain membuatkan kita masih belum lagi ada keyakinan. Namun begitu jangan lah kita merasa terlalu yakin kerana sebagai manusia kita hanya mampu yang merancang.

Sunday, August 15, 2010

8.harapan


Setiap orang mempunyai harapan masing-masing. Tetapi ianya berbeza-beza antara satu sama lain. Jika kita tiada mempunyai sebarang harapan tu, bermakna kita mempunyai masalah. Hidup ini sudah tentu ada cita-cita, untuk capai cita-cita tu , kita mestilah ada harapan.

Harapan tinggal harapan. Jangan mudah berputus asa. Semoga apa yang kita harapkan menjadi kenyataan. Apa yang pastinya kita kena banyak berusaha dan dengan cara yang sebaik yang mungkin. Antara sebab manusia tidak mempunyai harapan kerana tidak yakin pada diri sendiri.

Thursday, August 5, 2010

7.bercakap benar


Ada setengah orang, bercakap bohong sudah sebati dengan jiwa. Sepanjang masa , setiap kali bercakap mesti ada yang berbohong. Terdapat banyak sebab mengapa sesorang itu suka berbohong. Antaranya mereka tidak tahu apa kesannya pada hati yang suka berbohong. Sekiranya seseorang itu suka berbohong ,hatinya akan timbul perasaan was-was dan sentiasa dalam keraguan. Ini sudah tentu memberi kesan buruk pada dirinya sendiri.

Oleh kerana itu, janganlah kita selalu bercakap bohong. Cuba belajar bercakap benar. Antara kaedah untuk bercakap benar adalah kurang kan bercakap. Bercakap apa yang penting sahaja. Sekiranya masih ada lagi percakapan bohong, kita kena lah insaf. Pastikan kita berazam cuba untuk menjadi insan yang bercakap benar.Ini semua untuk faedah kita juga.