Saturday, August 29, 2009

3.syukur


Alam ini dijadikan berpasang-pasang seperti panas bersama sejuk,siang bersama malam dan lain-lain. Begitu juga kehidupan ini, ada masanya kita susah dan ada masanya kita merasa senang. Sekiranya tibanya susah kita kena banyakkan sabar sementara ketika menjelma kesenangan kita hendaklah bersyukur. Sabar dan syukur umpama sepasang sayap si helang. Sekiranya salah satu sayapnya patah, sudah tentu ianya tidak mampu terbang dengan baik.

Bersyukur lah apa yang kita miliki seperti kesihatan,kepandaian,kekayaan dan lain-lain. Semuanya hanya bersifat sementara di mana bila-bila masa ianya akan hilang. Sekiranya kita tidak bersyukur kita akan mudah menjadi tamak dan lupa diri serta hanya membanggakan diri. Sedangkan semua yang kita ada adalah pinjaman dan ujian bagi kita samada kita bersyukur atau pun tidak.

Wednesday, August 26, 2009

2.sabar


Salah satu kunci kebahagiaan ialah kesabaran. Untuk memiliki hati yang sabar adalah amat sukar. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Kita kena hadapi semua tu. Bagaimana kita harungi masalah tu , jika kita tidak sabar. Kesabaran amat penting dalam meneruskan kerja-kerja kebaikan. Kalau kita mudah berputus asa, kita tidak akan mendapat kebaikannya malah kita akan mendapat kerugian.


Banyak rintangan dalam hidup ini seperti kesakitan,kegagalan dan lain-lain kesempitan hidup. Oleh itu kita kenalah banyak bersabar dan semuanya adalah ujian dan cubaan. Semuanya akan menjadikan kita lebih matang dan cekal untuk hadapinya di masa depan. Semoga kita dapat mendidik hati kita menjadi sabar.

Monday, August 24, 2009

1.bahagia


Semua orang inginkan bahagia. Apa itu bahagia? Susah nak jawabkan. Ada setengah orang merasa bahagia bila mendapat ramai kawan. Jadi dia berusaha mencari kawan. Kalau tiada kawan di sisinya ,dia akan merasa kesunyian.


Ada setengah orang pula berpendapat bahagia tu bila ada duit dan harta. Oleh itu dia akan berusaha mencari duit. Siang dan malam mencari duit. Bila duit ada, dapatlah dia membeli banyak benda seperti kereta,pakaian,makanan,rumah dan lain lain lagi. Kalau duit dan harta tiada, dia akan merasa susah hati.